s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Semangat Yang Kian Pudar
Saturday 30 March 2013 • 5:35 pm • 0 comments


Tak Tahulah ! Semenjak dua menjak nih semangat untuk menghabiskan baki 4 tahun lagi dalam dunia persekolahan menghilang secara tiba-iba.Risau betul sebab ia melarikan diri dikala aku sangat memerlukan semangat tuh sebagai satu kekuatan untuk diri aku.

Kekuatan dimana kau menghilang ? Puas aku mencari kau,hadirlah kepadaku kembali.Tahun ini aku mesti berperang bermati-matian di medan perang (dewan peperiksaan).Sebab bagi aku , jika aku tewas dalam peperangan kali ini , masa depan yang selama ini aku dan keluarga impikan akan musnah begitu sahaja

Aku memang tak boleh berhenti separuh jalam macam mana beberapa orang kawan aku pernah lakukan.Sebabnya aku tak mampu untuk kecewakan diri aku sendiri dan tentunya keluarga aku . Haih! Memang derita bila semangat nih hilang . Aku perlu kerja ! Aku perlu gali ! Aku perlu cari ! Bila jumpa aku perlu tangkap ! Aku tak boleh biarkan semangat nih terus-terusan meninggalkan aku terkontang-kanting seperti tunggul yang mampu bernafas.


Aku sangat takut sekarang ! Takut yang bukannya sedikit . Ketakutan aku yang paling besar ialah apabila aku takut yang aku akan mengecewakan keluarga dan diri aku sendiri atas apa yang aku pernah lakukan sebelum  nih  . Fazreen doakan aku .


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Erti Cinta