s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Pengorbanan Merungkai Misteri Hilang Di Langit Malam
Saturday 15 March 2014 • 11:57 am • 0 comments
Assalamualaikum, sayang semua. Lama juga dah kan blog Iz tak berusik. Iyalah semenjak Iz dah sambung belajar semula kan. Haha, memang tak ada masa lah. Assignment yang penting penting pun ada lagi yang tak berusik. Inikan lagi blog, tak mengapalah. Alhamdulillah, nasib baiklah ada masa terluang sikit harini. Itu yang menjenguk kejap kesayangan Iz.  

Baiklah, kaurang mesti dah dengar dan dah tahu fasal pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang 8 March lalu. Tadi lepas solat jumaat, ada solat hajat untuk keselamatan penumpang dan kru kru pesawat tersebut. Lihatlah, bertapa prihatin rakyat Malaysia lain tentang nasib yang menimpa kaum keluarga yang sememangnya ada pertalian rapat dengan penumpang dan kru pesawat berkenaan. Hari ini masuk hari ketujuh pesawat milik Malaysia Airlines hilang tanpa dikesan dan petanda positif dan berita mengenai penemuannya juga masih belum diketahui lebih lanjut hingga kini. Tidak dinafikan, kejadian kehilangan ini meragut rasa gembira di seluruh dunia terutama rakyat Malaysia. Banyak pihak yang tampil untuk memberi bantuan dalam misi menjejak pesawat MH370 ini.



Berikut adalah senarai pihak yang terlibat dalam misi menjejak pesawat MH370.

Usaha menjejaki sedang giat dijalankan hingga ke hari ini. Tiada mengenal erti mahu berputus asa. Hari ini, tidak kira warna kulit apakah yang kita miliki. Bangsa manakah kita. Siapakah tuhan kita. Apakah pegangan hidup kita. Semua bersama, berganding bahu mencari dan menjejaki pesawat MH370. Pesawat MH370 berlepas dari KLIA pada pukul 12:41 pagi waktu Malaysia. Kemudian, pada pukul 2:40 pagi semasa pesawat berkenaan memasuki perairan Vietnam. Pesawat MH370 dikatakan hilang dari radar. Banyak spekulasi yang timbul membuatkan misi menjejaki dan menyelamat sukar. Misi menjejaki pesawat MH370 diibaratkan seperti mencari sebatang jarum di tengah lautan, mustahil untuk menemuinya dalam masa terdekat.  


Sebelum pesawat MH370 hilang dari radar pada pukul 2:40 pagi waktu Malaysia

Dalam banyak banyak spesikulasi yang dibuat. Ada satu yang Iz tertarik dan boleh diterima logik akal Iz. Mungkin ada berlaku rampasan pesawat oleh pihak tidak bertanggungjawab. Lagisatu, Iz rasa radar juga sengaja dimatikan supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan mereka. Mereka juga mungkin melakukan pendaratan kerana bimbang kehabisan minyak. Persoalannya, di manakah ianya mendarat?

Kenapa? Jika diteliti senarai penumpang, terdapat dua penumpang dari etnik Uighur yang pakar dalam bidang elektrik dan elektronik dan pernah membuat kajian tentang simulasi penerbangan di sebuah syarikat penerbangan Sweden. Semakan mendapati, lelaki berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan di United Kingdom kini berkhidmat sebagai pensyarah disebuah universiti di Turki. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan tidak mengesyaki bahawa lelaki tersebut ada kaitan dengan mensabotaj atau merampas pesawat berkenaan.


Ini adalah gambar pencuri passport yang diambil dari rakaman cctv. Pada sebelah kanan menyamar sebagai penumpang dari Austria dan sebelah kiri pula sebagai penumpang dari Itali.

Penumpang tersebut telah menggunakan passport curi. Mungkin mereka juga ada kena mengena dengan spesikulasi ini. Baiklah, jika kita perhatikan dan fahami lirik lagu Get it started nyanyian Pitbull besama Shakira. Ianya seperti ada berkait dengan penumpang menggunakan passport curi dan lelaki Uighur tersebut. 

Berikut adalah lirik lagu Get it started; fahami lirik yang telah digelapkan.

To these rappers I apologize, 
I know it ain't fair Only ball I drop,
New Year's Times Square The world is mine, sixth sense, 
I see a seventh sense Now baby, let's get started for life 
Everytime I look into your eyes 
I feel like I could stare in them for a lifetime 
We can get started for life (tonight) For life (tonight) for life (tonight) 
We can get started for life (tonight) For life (tonight) for life (tonight) 
We can get started 
Big news, pitbull, time cruise mumbai 
A little bit of semi night like the fourth july, 
vanilla sky Thriller in manila, knocking them out like paquio 
No Ali for Frasier, but for now it's off to malaysia 
Two passports, three cities, two countries, one day 
Now that's worldwide, if you think it's a game, let's play, dale 
Everytime I look into your eyes 
I feel like I could stare in them for a lifetime 
We can get started for life (tonight) For life (tonight) for life (tonight) 
We can get started for life (tonight) For life (tonight) for life (tonight)
 We can get started 



Entahlah, tak tahulah nak cakap macam mana. Macam ada kaitan pula dengan apa yang telah terjadi pada pesawat MH370. "Two passport" mungkin bermaksud dua passport yang dicuri. "Two countries" pula mungkin bermaksud, Malaysia ke China. Manakala "Three cities" mungkin bermaksud Kuala Lumpur, Hanoi dan Beijing. 

Iz tak mahulah menjadi salah seorang yang sengaja membuat spesikulasi, cuma mahu menyampaikan pendapat sahaja. Mungkin ini semua rancangan dari negara barat, yang sengaja menjadi dalang kepada kehilangan pesawat MH370. Mereka sengaja menjadikan kehilangan pesawat berkenaan untuk mengetahui aset aset negara kita. Paling tidak pun, mereka mahu menjatuhkan ekonomi negara kita. 

Spesifikasi pesawat MH370 / Boieng 777-200

Jika difikirkan semula, banyak juga perbelanjaan untuk misi menjejak dan menyelamat pesawat berkenaan. Perbelanjaan mengambil semua ahli keluarga penumpang pesawat MH370. Selain itu, perbelanjaan untuk pesawat pesawat dan kapal kapal yang terlibat dalam misi ini. Malaysia telah mengerahkan 9 buah kapal perang bersama 3 helikopter peronda, 17 buah bot maritim, 19 jet pejuang untuk misi menjejak pesawat berkenaan. 

Sayap pesawat MH370 pernah mengalami kerosakkan dan telah dibaik pulih.

Mengikut logik akal lah, kalau pun pesawat itu terhempas ke dasar laut. Takkanlah tak ada langsung serpihan atau bingkisan pesawat yang terapung di permukaan laut. Minyak? Haa, takkanlah tiada setitis minyak kapal terbang yang tertumpah.? Mana perginya semua itu? Cuba renungkan, ke manakah pesawat itu pergi. Iz tak rasa pesawat berkenaan terhempas. Mungkin negara barat adalah dalangnya. Sebagai contoh, mengapa Amerika Syarikat membuat spesikulasi bahawa pesawat MH370 terhempas  di Lautan Andaman? Sedang, kita tahu bahawa pesawat MH370 menuju ke Beijing, China. Haha, semestinya ingin menambah beban negara untuk menjejaknya. 




Misi menjejaki telah diperkuat dan diperluas oleh semua pihak.


Tidak puaskah mencari di perairan China Selatan? Perairan India adalah lautan paling luas. Mana mungkin boleh menemui pesawat berkenaan di tengah tengah Lautan India? Mereka sengaja mahu menambah beban negara untuk menjejaknya. Hm, entahlah? Iz pun tak tahulah. Sekarang ini, hanya keajaiban Allah yang bakal membawa pesawat MH370 pulang.

Warkah untuk MH370
Salam sejahteralah ke atas awak sayang. Sayang, kami mahu awak tahu bahawa setiap hari, setiap detik, setiap masa tidak putus putuslah doa dari kami semua untuk awak. Kami rindukan awak. Kami inginkan awak kembali. Hadirlah kembali memberi senyuman kepada kami semula.    

Patience is not being passive and waiting for a miracle.It's to do everything possible to change your situation and leave it to Allah.Jadi, sama samalah kita agar semua ini berakhir dengan tangisan dalam kesyukuran.Baiklah, cukup setakat ini sahaja. Kaurang janganlah percaya seratu peratus dengan apa yang Iz sampaikan. Ini hanyalah andaian Iz sahaja, belum lagi ada pengesahan mengatakan bahawa spesikulasi ini benar.Apa apa pun Iz berharap pesawat MH370 pulang dengan selamat. InsyaAllah :)


PAST
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Pengorbanan Merungkai Misteri Hilang Di Langit Malam
  • Harapan Dan Kepercayaan
  • Izinkan Saya Menjadi Imam Awak .
  • Kiamat Sudah Dekat ?
  • Warkah Sendu Di Angin Lalu
  • Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa