s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Izinkan Saya Menjadi Imam Awak .
Thursday 19 December 2013 • 4:18 pm • 0 comments
Assalamualaikum . Huhu , baru bangun tidur . Tak tahulah macam mana tadi tengah bertwitter boleh tertidur ? Okay , lupakan . Haa , harini yang bertarikh 19.12.2013 tarikh keramat bagi batch 98's kan .  Taniahlah kepada yang mendapat straight A's tu yaa . Kepada yang tidak memperoleh keputusan cemerlang janganlah bersedih yaa . Perjalanan kita masih jauh maa . Mungkin harini bukan rezeki kita , esuk lusa siapa tahukan ? Rezeki kita Allah yang tentukan , jadi janganlah risau kerana Allah hanya menentukan yang terbaik untuk hambanya . InsyaAllah . Aku sendiri pun tak dapat staright A's , act . Tapi sekurang-kurangnya aku tak adalah gagal .

Tak tahulah nak sembang fasal apa ke kaurang . Huhu , hidup rasa kosong sangat . Haa , nak dengar cerita tentang life Izz ? Merepek ahh kaurang , tak ada apa yang best ahh dalam life Izz . Tak kisah ? Aduhai , tak tahu nak cakap macam mana . Okaylah , sikit saja . Lepasni nak sambung tidur , mengantuk ahh .

Okay , macam ni . Aduhai , berat tangan nak menulis . Segan pun ada . Okaylah , kaurang ada impian tak ? Haa , ada kan ? Begitu juga dengan Izz . Ada jugak impian . Apa impian Izz ? Iyaa , sabar nak beritahulah ni . Dalam dunia ni , Izz ada dua impian . Pertama , lain kali kalau ada kesempatan Izz beritahulah . Haa , yang kedua ni pula . Impian Izz nak jadi imam kepada , malas ahh mention nama orangnya kan . Haa , Izz betul-betul harapkan ianya akan menjadi kenyataan .



Maaflah , tapi saya memang tiap-tiap hari berdoa supaya awak terbuka hati untuk menerima saya ni haa , jujur cakap . Sehari memang 5 kali ahh awak ada dalam sujud saya , dan itulah kenyataannya .

Ya Rahman , engkau bukakanlah pintu hatinya untuk menerima aku menjadi imamnya pada suatu hari nanti . Aku teringin nak bersolat sama denganya . Aku mahu melangkah ke jannahMu bersamanya ya Allah . Kau makbulkan lah doaku ini . Sesungguhnya , kaulah tuhan sekalian alam . Amin .

 Sebelum tidur , selalunya saya memang kena tenguk gambar awak dulu . Dalam phone saya tu memang berlambak ahh gambar awak . Tak kisahlah orang nak kata apa , psiko ? Meroyan ? Ahh , lantak ahh . Malam tadi , dah janji nak oncall kan . Top up chinchai pula budak kecik tu kerja kan . Haha , terpaksa perembat kejap pergi kedai depan . Habis basah lecun maa . Tapi rasa macam sia-sia pulak rasanya buat macam tu , iyalah . Call memang ahh dapat call , cuma rasanya macam angkat letak balik maa . Kejap gilaa ahh . Second time , pun lebih kurang saja . Awak bercakap sikit saja , awak kata awak ngantuk dah . Haa , iyalah kut . Ahh , kadang-kadang terfikir juga kenapa saya perlu buat itu semua .  Rasa bodoh pun ada maa . Saya dah cuba untuk tidak berfikir tentang awak dalam sehari saya . Saya berkerja , beriadah dan keluar dengan member-member . Ketawa sana , ketawa sini tetapi saya masih tak dapat membuang awak dalam kotak fikiran saya . Saya akan sentiasa berfikir tentang awak .Huu , saya cuma nak awak tahu . Saya betul-betul sayangkan awak . Saya tak kisah kalau awak tak ada hati dengan saya , saya tak kisah kalau awak tak berminat dengan saya . Cuma saya berharap , awak janganlah sampai membenci saya yaa . Saya tak pernah bercinta , saya tak pernah merasa kasih dari seorang perempuan . Tapi , saya cukup faham apa itu cinta .
Ianya tidak kelihatan , tetapi kita boleh merasakan kehadirannya . Ia akan datang tanpa dijemput , dan akan pulang tanpa disuruh . Itulah kurniaan Allah paling berharga buat seorang insan . Itulah cinta , subhanallah .

Haa , kaurang dah puaskan ? Okaylah rasanya sampai sini sajalah , Izz pun rasa pening kepala dah . Tekak sakit , macam nak demam pun ada . Izz nak rehatkan badan sementara menunggu waktu asar lah . Awak maaflah jika apa yang saya tulis ini menyinggung perasaan awak . Assalamualaikum .


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Kiamat Sudah Dekat ?
  • Warkah Sendu Di Angin Lalu
  • Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa
  • Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
  • Semangat Yang Kian Pudar
  • Erti Cinta