s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Warkah Sendu Di Angin Lalu
Friday 29 November 2013 • 11:07 pm • 0 comments
Assalamualaikum. Hai, macam mana hari ni ? Lebih baik dari semalam ? Alhamdulillah. Kaurang dah isyak belum ni ? Harap-harap semua dah lah eh. Hari ni Iz nak sambung entri hari tu. Hm, yang mana ? Alah , yang hari tu lah . Kaurang ingat dah kan.

Hahahaha, segan gila semalam. Aku tak tahu pulak yang dia pernah melawat blog ni. Habis dah dia baca entri hari tu. Gila lah segan. Aku pun silap jugak, yang letak link dekat tweethandle tu buat apa entah. Aduh, kan dah kantoi. Nasib baiklah dia tak kecil hati dengan apa yang aku tulis tu. Aku pun satu, tulis benda mengarut macam tu. Dia pun masih dalam trauma kan. Al-maklumlah baru lepas berpisah dengan kekasih lama.

Fasal dia terima atau tak kalau aku bagitahu dia tentang perasaan sayang aku pada dia. Kaurang rasa lah, dia terima tak ? Dia marah tak ? Aduh, entahlah. Aku pun kadang-kadang segan jugak nak bagitahu fasal ni. Yelah, aku sedar siapa diri aku. Aku bukannya ada apa, aku bukan anak datuk, aku bukan anak taukeh balak, aku pun bukan anak pemilik pasaraya besar. Aku memang tak ada apa, rupa pun tak ada . Aku hanya ada rasa ini, rasa sayang aku ke dia.

Awak sebenarnya, saya sayang sangat-sangat ke awak. Saya tak tahulah, samada awak perasan atau pun tak. Saya pun tak tahu bila nak luahkan rasa sayang ini. Segan ? Eh, bukan segan sebab utama saya tidak meluahkannya ke awak tentang rasa ini.  Takut awak menolak cinta saya ? Ye takut juga lah. Tapi yang paling saya takut, apabila awak akan terus tinggalkan saya. Saya takut tak dapat bertweet sama dengan awak lagi, saya takut awak unfollow saya di twitter, unfriend saya di facebook. Saya takut sangat tak dapat tenguk tweet-tweet awak yang comel tu. Saya takut tak dapat like status awak di facebook. Saya takut semua itu terjadi setelah saya meluahkan rasa saya ke awak.

 Kau telah memakbulkan doa ku ini :

Bismillahirrahmanirrahim, ya Allah. Jika aku jatuh cinta. Jika aku menyayangi seseorang. Cintakanlah dan sayangkanlah aku kepada seorang insan yang cinta akan dirimu ya Allah.
Dan sesungguhnya, dia sangat menyintai dirimu ya Allah.

Iyelah, mana mungkin Si Pipit terbang bersama Merak Kayangan. Jadi saya hanya mampu berdoa supaya hati awak terbuka untuk saya. Buat masa ni, saya masih belum boleh meluahkannya lagi. Biar masa memberi peluang kepada kita untuk mengenali hati budi masing-masing dahulu.

Ya Allah kau bukakan lah pintu hatinya untuk menerima aku. Ya rabbi, sesungguhnya dia lah kekuatan bagiku untuk meniti setiap hari-hari ku. Aku ingin bersamanya menuju ke syurgamu. Ya Rahman, kau makbulkanlah doaku ini.



PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa
  • Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
  • Semangat Yang Kian Pudar
  • Erti Cinta