s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
Sunday 31 March 2013 • 12:37 pm • 0 comments
Assalamualaikum . Adess , fiq sedih atas apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang ni . fiq harap semua ni akan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada kita . Entahlah apa yang pengganasII tu nak dari kita ? Diorang nak ape hah ?! Kaurang tahu ? Entri kali ni berkaitan situasi atau keadaan terkini di Lahad Datu . Apa strategi kerajaan bagi menumpaskan pengganasII tersebut ? Adakah kerajaan akan berdiam diri atas apa yang mereka lakukan ?! RamaiII : Tidak !!!
Mari ikuti perkembangan di Lahad Datu .

Tentera Diraja Malaysia memulakan operasi dengan Doa

Lahad Datu kini :
&nbsp Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Ops Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.
Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.

Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu. Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang. "Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur. Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan . Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Kereta Perisai Adnan tiba di Lahad Datu untuk membantu menumpaskan pengganaII

Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara. "fiq sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis. Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat.

Operasi mengesan pengganas masih dilakukan sehingga kini 

 Terima kasih kepada PerwiraII kita yang telah berkorban demi kita semua . Al-fatihah untuk PerwiraII yang gugur dalam menjalankan tugas pada operasi di Lahad Datu . Kami rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan kepada para PerwiraII yang bertugas di Lahad Datu . Doa kami semua mengiringi anda ke medan perang .


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Semangat Yang Kian Pudar
  • Erti Cinta