s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
Sunday 24 November 2013 • 5:24 pm • 5 comments
Assalamualaikum. Dah zuhur belum semua ? Kalau dah, bagus lah. Kalau belum solat, solat lah dulu. Solat lah selagi kita boleh solat. Kita mana tahu, entah esok lusa kita disolat kan pula di hadapan imam. Jodoh, ajal dan rezeki ini semua urusan Allah kan. Kita boleh cuba menolak takdir, tetapi hakikatnya tidak. Semuanya Allah dah tetapkan di Luth Mahfuz. Okay, sebenarnya hari ni Iz nak update entri tentang life Iz sekarang. Senang, seronok, sedih, atau apa-apa saja lah . Selalunya, Iz akan update entri tentang umum kan. Hari ni kita rileks rileks pula. Kita cuba usha usha life Iz pula, nak ? Iz dapat ilham nak tulis entri ni pun lepas berkenalan dengan dia.


Awak, saya dah mula menyayangi awak. Saya minta maaf kerana menyayangi awak. Saya tak tahu kenapa rasa ini, semakin lama semakin kuat. Rasa ini bukan saya yang pinta, ia adalah pemberian dari Allah. Tetapi saya masih belum bersedia untuk meluahkannya lagi. Awak rasa, berdosakah saya kerana menyayagi awak ? Dosa apakah yang menghalang sayang saya kepada awak ?

Mengapalah orang yang diberi peluang mensia-siakannya. Awak saya minta maaf juga, sebab saya selalu berdoa supaya saya lah yang akan menjadi pengubat duka lara awak , menjadi penghibur di kala awak sunyi , menjadi tempat mengadu kasih , menjadi payung dikala awak kebasahan didalam hujan. Saya ingin menjadi segala-galanya untuk awak . Maafkan saya juga kerana selalu mendoakan, bahawa sayalah insan yang akan membawa sinar harapan baru untuk awak dan insan yang akan memberikan cinta yang setia untuk awak .

Saya tidak tahu , sampai bila harus saya menyimpan perasaan ini. Sampai bila ?
Ya Allah, kau kuatkan lah diriku untuk meluahkan rasa ini padamya. Ya Allah, kau jadikanlah perhubungan ini umpama tangga-tangga menuju ke pintu syurga.
Kaurang nak tahu tak mengapa Iz jatuh hati pada insan ini ? Baiklah awak, sebenarnya saya menyayangi awak kerana ..
  1. Saya tak pernah nampak pun sehelai rambut awak.
  2. Awak tak pernah katakan " belum" jika saya bertanyakan samada sudah solat atau belum.
  3. Awak tak pernah tak jawab salam saya.
  4. Awak sporting, gila-gila pun ada sikit. Hahaha !
  5. Awak pandai ambil hati orang.
  6. Nama awak, serious saya memang suka nama yang bermula dengan hurup. Macam kelakar kan, tapi tak tipu pun lah. 
  7. Awak tak suka binatang yang tak ada backbone, saya pun.
  8. Awak minat warna biru dan hijau. Saya juga minat warna biru dan hijau. Tapi soft pink tu, warna turqoise eh ? Kalau turqoise semua saya suka. Awak tahu tak orang yang suka warna biru dan hijau ni macam mana ? Nak saya terangkan tak ? Okaylah, saya terangkan sikit. 
                        Biru :  Dia jenis yang penyabar. Selagi dia masih boleh sabar, dia akan bersabar. Tapi bila sampai satu tahap, dia akan menunjukkan siapa dia sebenarnya. Contoh mudah, pernah tengok lautan tak ? Nampak tenang kan ? Tapi cuba awak selam ke dasar laut, semakin jauh awak selam semakin deras arus di bawah sana tau.
                      Hijau : Hijau pula seseorang yang suka berfikiran jauh. Suka termenung juga lah. Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Satu contoh, dia ternampak satu televisyen lah. Dia akan berfikir, siapalah yang mula-mula menciptanya. Macam mana boleh muncul idea membuat televisyen ini dan bagaimanakah rupa televisyen  first model ? Lagisatu contoh, macam apa yang saya lakukan sekarang ini.

      9. Sebab awak pun blogger macam saya .
     10. Terakhir, sebab muka awak comel sangat-sangat. Macam mana nak cakap eh, entahlah. Tapi serious, comel gila !

Sebab itulah saya selalu berdoa supaya boleh sentiasa bersama-sama awak.

Ya Allah, kau bukakan lah pintu hatinya untuk menerima aku. Ya Rahman, aku bermohon kepadamu. Aku ingin bersamanya dalam suka dan dukanya ya Allah. Jika aku jodohnya, kau jodohkanlah aku dengannya memalui cara yang baik. Tetapi jika aku bukan jodohnya, kau jodohkanlah aku dengannya. Sesungguhnya aku sangat menyayanginya.


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa
  • Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
  • Semangat Yang Kian Pudar
  • Erti Cinta