s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Kiamat Sudah Dekat ?
Tuesday 17 December 2013 • 4:01 pm • 0 comments
Assalamualaikum awak semua . Alhamdulillah , baru lepas launch dengan family . Kaurang makan dah ? Haa , bagus-bagus . Solat macam mana pulak , dah ? Alhamdulillah , semua dah kan . Huhu , rasanya dah lama jugakan tak terusik blog ni . Berapa lama ehh ? Tiga minggu lebih , rasanyalah . Tak tahu nak cerita fasal apa , act . Kepala hotak banyak kusut maa harini . Okay-okay , Iz nak cerita fasal tanda-tanda kiamat . Kaurang rasa okay tak ? Okaylah kut , lagipun buat masa ni tak ada apa yang nak diceritakan mengenai real life Iz . Semuanya nampak kusut , serabut . Semua ahh .

 Okay , baru-baru ni kaurang tahukan fenomena pelik yang berlaku di negara padang pasir , Arab Saudi tak silap ahh . Turunnya salji di negara padang pasir . Subhanallah , maha suci Allah yang mencipta dan membinasakan setiap sesuatu yang ada di bumi mahupun di langit . Pehh , macam tak percaya sajakan . Macam manalah di padang pasir , suatu tempat yang kering dan sukar untuk mendapatkan air boleh bersalji ehh .




Ramai yang mengatakan bahawa ini semua tanda-tanda kiamat . Entahlah ehh , sebenarnya Iz pun tak tahu nak cakap macam mana . Cuba fahamkan hadis dibawah .

 Rasulallah s.a.w bersabda :
Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum tanah-tanah Arab sekali lagi menjadi subur dan dipenuhi sungai-sungai . (Riwayat Muslim)
Haa , mengikut hadis Rasulallah s.a.w diatas apa yang kaurang faham ? Haa , betulah tu . Jadi tidak bernarlah fenomena turunnya salji di padang pasir tu salah satu tanda-tanda kiamat . Allah sengaja mahu menunjukkan kekuasaannya kepada kita supaya kita lebih yakin pada Islam . Tetapi fenomena turunnya salji di padang pasir dah banyak kali dah berlaku , act . Salah satu daripadanya ialah turunnya salji di Gurun Sahara pada tahun 2010 , ingat lagi tak ?

Tapi mengapa fenomena seperti ini sering saja menjadi trending topik di laman-laman sosial kan ? Tahukah awak-awak semua bahawa banyak lagi tanda-tanda kiamat yang telah berlaku di sekeliling kita ? Orang miskin sibuk mengejar kekayaan , bangunan pencakar langit , Baitul Maqdis dikuasai umat islam , banyak berlaku pembunuhan , bencana alam , fitnah berleluasa , membina masjid yang mewah tetapi kosang didalamnya , riba' ,  derhaka kepada kedua ibubapa , lelaki sikit dari perempuan dan banyak lagi maa . Huhu , banyak sangat tanda-tanda kiamat yang dah berlaku rupanya kan ? Seram sejuk bila terkenangkan dosa-dosa yang dah Izz lakukan .

Ya Allah , kau ampunkanlah dosa-dosa ku , dosa-dosa ibubapa ku , dosa-dosa ahli keluarga ku , dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat . Ya Allah , kau panjangkanlah umurku supaya aku ada kesempatan untuk bertaubat , beribadat serta berbakti pada agamamu ya Allah . Kau matikanlah aku semasa aku masih mengaku engkau tuhanku ya Allah . Amin .

Jadi marilah kita sama-sama mengejar syurga Allah dengan melakukan amal ibadat . Syurga Allah terbuka kepada hamba-hambanya yang taat kepada perintahnya . Semoga kita semua menjadi salah seorang dari ahli-ahli syurganya . InsyaAllah :D


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Warkah Sendu Di Angin Lalu
  • Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa
  • Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
  • Semangat Yang Kian Pudar
  • Erti Cinta