s a c r i f i c e
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK Moments
Harapan Dan Kepercayaan
Friday 27 December 2013 • 4:17 pm • 0 comments
Assalamualaikum . Salam jumaat kepada semua muslimin dan muslimat . Haa , tadi yang lelaki solat jumaat tak ? Haa , ada yang tak solat ?  Apadia , tayar motor pancit ,  abah kerja , tertidur  ? Haa , sengaja ? Hamboi-hamboi , sepatutnya tiada alasan sekiranya kaurang seorang muslim yang sejati . Tadi ada juga yang cakap sengaja , mana tadi . Haa kau , lagi teruk ehh . Slumber saja , cakap sengaja tak solat jumaat . Haa , bukan muslim ? Haha , patutlah , maaf-maaflah yaa .

Kaurang dah makan belum ? Semua dah , alhamdulillah . Makan apa tadi ? Ayam kicap , sambal terung , ayam paprik , telur goreng . Haa , nasi lemak pagi tadi pun ada ? Hoho , macam mana boleh jadi macam tu yaa ? Lahh , patutlah . Kenapa , selalunya memang mak dengan kakak kau saja yang masak untuk kau ? Iyaa ? Bangga kau ehh . Haha , kau tu perempuan . Kenalah tahu memasak , nanti dah kahwin makan nasi bungkus saja . Kesian siaa suami kau . Haa , Izz ? Harini , ummi Izz masak ikan siakap steam dengan sayur sawi campur saja . Alhamdulillah , rezeki Allah .

Harini Izz nak cerita fasal apa yaa ? Entahlah , sebenarnya tak ada main topic lagi . Okay , Izz nak cerita fasal umumlah . Madah cerita fasal life Izz yang membosankan saja . Kaurang pun bosan jugakan ? Haa , tahu pun .

Dalam dunia , kaurang mesti ada harapan kan . Tak kiralah , harapan kaurang sebesar mana atau sekecil mana sekalipun . Kaurang mesti ada kan ? Tipulah kalau cakap , ada yang tak mempunyai harapan dan impian . Manusia yang tiada harapan ni , dia seolah-olah mati dalam hidup . Kaurang sedar tak , yang harapan kita sebenarnya tergantung pada pengalaman hidup dan kemampuan kita sendiri .

Contoh :  Abu mahir dalam sukan permainan bola sepak . Harapan dia untuk menjadi pemain di kelab-kelab ternama seperti Chelsea FC , contohlah . Jadi , dia tak akan terfikir untuk melakukan sesuatu diluar bidang dan kemampuannya seperti berenang dari Laut China Selatan hingga Laut Merah , tidak . Kalau ada pun , sesetengah orang saja .


Seseorang yang mempunyai harapan yang tinggi , selalunya ditertawakan oleh orang di sekelilingnya . Haa , biasalah tu . Izz pun ada juga kadang-kadang terkena . Haa , macam mana nak elakkan ? Entahlah , Izz pun tak tahulah . Redha sajalah , nanti bila dah tercapai harapan dan impian kita tu . Barulah mulut-mulut diorang tertutup iyaa dak ?  Haa , kalau tak tertutup juga ? Aduhai , kau ni merepeklah soalan . Kalau tak tertutup juga , kau jahit saja mulut dia tu . Kau beritahu Izz , biar izz jahitkan yaa . Sampai mana tadi ? Haa , okay . Tapi , ada juga manusia yang jenis menaruh harapan yang tinggi menggunug bagai . Tapi , usaha tak ada . Minta-minta dijauhkan lah sifat macam tu dari kita semua yaa .

Okay kalau kaurang dah ada impian dan harapan tu semua . Kaurang mesti ada kepercayaan terhadap sesuatu kan .

Contoh : Impian Azli nak jadi fighter , contohnya lah . Dia mesti ada kepercayaan dan keyakinan yang dia memang boleh jadi fighter . Haa , barulah akan ada timbul perasaan untuk berusaha mencapai harapan dan impian dia .


Tapi ada sesetengah orang yang jenis meletakkan kepercayaannya pada sesuatu yang salah . Haha , Izz terasa pula . Okay nevermind . Terkadang kita terlampau fanatik dengan apa yang kita harapkan , sehingga kita terlupa yang kita dah meletakkan kepercayaan pada sesuatu yang salah . Faham dah kan ?  Haa , jangan jadi macam member Izz . Couple getback , couple getback , couple getback . Haihh , sedih kadang-kadang . Tengukkan sajalah diorang tu . Izz pun peliklah , kenapa dia masih memberi kepercayaannya pada orang yang dah banyak kali lukakan hati dia . Izz rasalah , dari dia beri kepercayaan pada orang yang dah sakitkan hati dia . Lebih baik beri kepercayaan dia pada Allah . Haihh , entahlah . Okaylah , sampai sini saja . Nak masuk waktu asar dah . Assalamualaikum semua .


PASTFUTURE
MY WORDS
Assalamualaikum Cahaya Pembuka :)



SEMBANG SINI



ONLINE DIARIES

>> Hm, ya Allah aku sedih. Aku kecewa. Aku kecewa dengan diri aku sendiri, mengapalah sehingga harini aku masih tak mampu mengubah hatinya. Aku masih tak dapat buktikan betapa kasih dan sayangnya aku pada dia. Aku tak kuat, aku lemah. Aku selalu menitiskan air mata untuknya . Kadang kadang aku tertanya tanya juga mengapa aku bazirkan air mata untuknya, walaupun aku tahu bukan dia ambil pedulinya pun. Hm, saya keliru lah awak . Kadang kadang awak layan saya macam lah saya ni orang paling istimewa dalam hidup awak . Tapi seminit lepastu , macam saya bukan siapa siapa pada awak . Siapa sebenarnya saya pada awak ? Hm . Sometimes your ego trying to cover up what do you feel about me , kan ? Tak mengapalah , I should never give up . No matter how hard the situation is , always believe that something beautiful is going to happen . Just wait , and see . Trust Allah :)
date: 10 July 2014
at: 01:30am


>> Malam ni berjaga sampai entah dah pukul berapa pun tak tahu. Haa, dekat pukul 2:30 pagi dah. Tak tahulah mengapa, air mata ini mengalir tiba tiba. Ah ! Ini yang malas nak fikirkan fasal dia. Teresak esak aku dibuatnya. Nasib baiklah semua dah tidur. Fariz ada tidur sebelah ni, tidur mati agaknya. Tak tahulah sama ada di buat buat tidur. Pehh ! Kalau macam itu, seganlah aku. Harap harap, dia betul betul tidur lah kan. Dah lah, nak kira bintang ! Nanti mengantuk, baru tidur. Petua ummi beri masa aku darjah lima tak silap. Haha !
date: 28 Mei 2014
at: 02:15 am


>> Pening betul kepala aku buat base coding blogskin terbaru. Base coding yang lama aku dah buang. Malas guna ! Nak buat yang baru :) Tapi agak memeningkan kepala juga. Banyak yang salah :/ Aku pun dah lupa macam mana nak buat. Kalau dulu, Sir Rizal ada. Aku boleh tanya dia. Sekarang? Hm. Buat sendiri lah.
date: 31 Mei 2014
at: 10:34 am


BLOG ARCHIVE

  • Izinkan Saya Menjadi Imam Awak .
  • Kiamat Sudah Dekat ?
  • Warkah Sendu Di Angin Lalu
  • Maafkan Saya Kerana Menyayangi Awak
  • Klik Dengan Bijak 2013
  • Pengorbanan Seorang Insan Bergelar Guru
  • Sempurnakah Cinta Tanpa Pengorbanan dan Kesetiaan
  • Pengorbanan Ibu Bapa
  • Pengorbanan Mereka di Lahad Datu
  • Semangat Yang Kian Pudar